CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 22, 2011

REVIEW BOOK 1: CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANA

Cinta di Rumah Hasan al Banna

Buku yang pada pandangan bunga sangat menyentuh jiwa dan perasaan. Nukilan yang ringkas tetapi pasti  mengusik jiwa. Hassan al Banna, nama seorang tokoh hebat yang memperjuangkan Islam yang mempunyai jadual waktu yang sangat padat dengan jihad perjuangannya. Namun, tugas sebagai seorang ketua keluarga tidak diabaikan. Seorang ayah yang penyantun tetapi tegas dengan anak-anak.
Siapa HASSAN AL BANNA?

Hassan Al Banna merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang ditubuhkan di Kaherah,Mesir. Beliau telah berjaya membentuk IM setelah 6 bulan menetap di Ismailiyah, sebuah daerah di dalam Kaherah sendiri. Dalam tempoh 15 tahun, cabang IM sudah terdapat di 20 buah negara dan di Kaherah sendiri, ada 2000 cabang IM.(sumber)

Meskipun sibuk dengan tugasan seharian, namun anak-anak di rumah dan isteri dididik dengan penuh rasa cinta untuk sama-sama mencintai jihad bersama. Hati pasti sayu membaca buku ini apabila seorang ayah yang sangat sibuk masih mampu menguruskan anak-anaknya dengan baik sehinggakan komik yang dibaca oleh anaknya, SAIFUL ISLAM juga dapat dikenalpasti dan ditegur kerana tidak bermanfaat untuk dibaca.
Sehinggakan setiap anak mempunyai buku kesihatan masing-masing. Sungguh hebat tokoh yang bernama Hassan al Banna ini.  
Semoga kita dapat mencontohi pejuang hebat ini. AMIN!

Bacalah wahai sahabat. Kamu tidak akan rugi!



sayang,
BUNGA

2 comments:

@LeenShamsh said...

cik bunga sayang! insyaAllah sama2 memotivasikan diri utk rumah syurga seperti as syahid! hebat manusia ni!

ayukemboja said...

inshaallah k.lin syg!amin~

Post a Comment