CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Friday, September 30, 2011

KENANGAN INI

ASSALAMUALAIKUM ...

Kurang daripada sebulan sahaja lagi, persabahatan yang dicipta selama lima setengah tahun hampir ke penghujungnya. Banyak liku-liku perjalanan yang telah diharungi bersama. Walau dalam rintangan itu terlalu banyak rintihan, keluhan, kejengkelan dan ketidakpuasan hati, namun banyak juga kenangan indah yang telah terbina. Harganya terlalu bernilai bagi mereka yang cintakan persahabatan dan kasih sayang. 

Dapatkah dibayangkan bagaimana rasanya nanti hidup tanpa gelak ketawa kawan-kawan? Tanpa usikan penyentuh jiwa? Tanpa gurauan penenang diri? Tanpa nasihat penguat diri? Namun begitu, kehidupan selepas itu perlu dilalui dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH. Rasa rindu yang terbit di hati pasti didorong rasa kasih kepada kawan-kawan yang disayangi walau kadang-kadang gurisan di hati terbit jua.


SUBHANALLAH...


ALHAMDULILLAH...


ALLAHUAKBAR...


Terima kasih kawan-kawan di atas jalinan yang dibina ini. Diharap UKHWAH ini akan berpanjangan walau nanti kita tidak berjumpa, bersua muka. Sayang kamu semua kerana ALLAH.


sayang, 
BUNGA

p/s: kalu bdk laki clas bunga baca ni mesti termuntah diorg.hahaha