CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label IPTI. Show all posts
Showing posts with label IPTI. Show all posts

Friday, November 11, 2011

BESAR, BESAR ISTANA RAJA; KECIL, KECIL PONDOK SENDIRI

5 tahun setengah berada di bumi Johor ini sudah hampir ke penghujungnya. Banyak suka dan duka yang telah ditempuhi. Sayang juga dengan bumi Johor ini. Sudah menjadi negeri ke2 rasanya. Begitu juga perihalnya dengan rumah ke2 bunga ni. Sedih rasanya hendak meninggalkan asrama tempat pengajian nan indah permai ni. Nak banding-banding dengan blok lain, blok ni lah yang paling bes. Yela mana tak nya, dah memang semenjak masuk je dok blok ni, memang patutla puji blok ni. haha


ipg kampus temenggong ibrahim
tersergam indah:)
dari balkoni. eh
kala malam bulan mengambang
E-HOSTEL berwajah baru
comelnyeeee:)
Jemput masuk:) eh xbole xbole.haha
Pn Nor (isteri warden) selalu masakkan kami makanan. Baikkan.suwit sgt:)


* Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.

Friday, September 30, 2011

KENANGAN INI

ASSALAMUALAIKUM ...

Kurang daripada sebulan sahaja lagi, persabahatan yang dicipta selama lima setengah tahun hampir ke penghujungnya. Banyak liku-liku perjalanan yang telah diharungi bersama. Walau dalam rintangan itu terlalu banyak rintihan, keluhan, kejengkelan dan ketidakpuasan hati, namun banyak juga kenangan indah yang telah terbina. Harganya terlalu bernilai bagi mereka yang cintakan persahabatan dan kasih sayang. 

Dapatkah dibayangkan bagaimana rasanya nanti hidup tanpa gelak ketawa kawan-kawan? Tanpa usikan penyentuh jiwa? Tanpa gurauan penenang diri? Tanpa nasihat penguat diri? Namun begitu, kehidupan selepas itu perlu dilalui dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH. Rasa rindu yang terbit di hati pasti didorong rasa kasih kepada kawan-kawan yang disayangi walau kadang-kadang gurisan di hati terbit jua.


SUBHANALLAH...


ALHAMDULILLAH...


ALLAHUAKBAR...


Terima kasih kawan-kawan di atas jalinan yang dibina ini. Diharap UKHWAH ini akan berpanjangan walau nanti kita tidak berjumpa, bersua muka. Sayang kamu semua kerana ALLAH.


sayang, 
BUNGA

p/s: kalu bdk laki clas bunga baca ni mesti termuntah diorg.hahaha


Wednesday, September 14, 2011

BEBERAPA MINIT SAJA LAGI

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berada di bumi TEMENGGONG ini. Makin nak habis belajar makin takut pulak rasa. Takut nak jadi cikgu sebenar ada, takut nak tinggal kawan-kawan pun ada. Takut ape lagi ye? Ntah.. hahahaha hai tak suka betul perasaan ni. Macam-macam, bercampur baur. Susah bukan bila perasaan berkecamuk? hmmm :(