BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Setiap daripada kita pasti pernah mengalami dan juga sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidup. Begitulah aturan hidup. Kadang-kadang gembira, sekejap lagi berduka balik. Selagi kita bernyawa dan selagi kita hidup di muka bumi ini, cubaan dan rintangan yang dihadapi pasti tidak pernah sudah. Saat itu pasti Tuhan yang dicari. Pasti ALLAH tempat mengadu. Mohonlah kepada tuhanmu yang Maha Esa dengan seikhlas-ikhlasnya. Berdoalah sayang!
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamba-Mu (perempuan). Ubun-ubunku di dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qadak (keputusan)-Mu kepadaku adalah adil, aku pohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau telah berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.”
(Riwayat Ahmad no.452, Ibn Hibban no. 2372,
sahih sila rujuk Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 199)
Wahai hati yang lemah, bersabarlah dikau. Jangan diturutkan rasa duka yang menggila. Jangan disesali apa yang telah terjadi. Bersabarlah sayang. SABAR!
Ku mohon padaMU ya ALLAH tetapkanlah imanku. Lindungilah diriku. Kurniakanlah aku sifat sabar yang berpanjangan. Jadikan aku hamba yang selalu bersyukur dan mengingatiMU. AMIN~
sayang,
BUNGA:)
0 comments:
Post a Comment