CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 11, 2011

BESAR, BESAR ISTANA RAJA; KECIL, KECIL PONDOK SENDIRI

5 tahun setengah berada di bumi Johor ini sudah hampir ke penghujungnya. Banyak suka dan duka yang telah ditempuhi. Sayang juga dengan bumi Johor ini. Sudah menjadi negeri ke2 rasanya. Begitu juga perihalnya dengan rumah ke2 bunga ni. Sedih rasanya hendak meninggalkan asrama tempat pengajian nan indah permai ni. Nak banding-banding dengan blok lain, blok ni lah yang paling bes. Yela mana tak nya, dah memang semenjak masuk je dok blok ni, memang patutla puji blok ni. haha


ipg kampus temenggong ibrahim
tersergam indah:)
dari balkoni. eh
kala malam bulan mengambang
E-HOSTEL berwajah baru
comelnyeeee:)
Jemput masuk:) eh xbole xbole.haha
Pn Nor (isteri warden) selalu masakkan kami makanan. Baikkan.suwit sgt:)


* Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.

Tuesday, November 8, 2011

jalan jalan

xsempat bunga nak meng'úpdate' blog kerana kesibukan kerja berpanjangan.huhu entry kali ni bunga nak bercerita tentang singapore yang sudah bunga lawati beberapa kali. Eh bukan. 3 kali baru haha. Singapore ni boleh dikatakan sama sahaja dengan Malaysia. Cumanya perbezaan yang ketara adalah persekitarannya yang sangat bersih dan nyaman. Pastu pulak dr segi transport yang ada di muka bumi Singapore semuanya hebat belaka. Mana ada yang cikai cikai *dasar kerajaan*. Bila jumpa orang Melayu di sana, mereka sangatlah ramah. Eh bukan orang Melayu je. Semua ramah dan baik. Pernah sekali bunga dan kawan2 jumpa husband &wife Singaporean yang sanggup tumpangkan kereta dr Little India ke Esplanade. Masih belum lupa wajah mereka:) Hendak ke Singapore dr Jb sangatlah murah. Cuma rm2 lbh sikit ke Woodland. Pastu pandai2la. Nak murah nek train. Senang dan best. Pastu tiket tu siap boleh jual balik. Dapat balik 1dolar. Nak lagi best jalan kaki. haha lagipun tempat2 die pon dekat2 je. Memang ada yang boleh jalan kaki je. Boleh jimat beli nasi briayani nanti.hee  Walaubagaimanapun, seharian di Singapore tetap juga rindu pada kampung halaman, Malaysia tercinta. Walau macammana sekali pun, tetap juga rasa selamat di negara sendiri. Yela, kat tempat orang ni kita kena hati2, salah percaturan, mau makan diri nanti.haha Toksah cakap banyak, meh kita layan gambar pulak.hee


Bila pg Singapore ni, org slalunya akan cri nasi briyani. Mmg sedap:) yang penting HALAL

Masjid MOULANA MOHAMED ALI. Ni masjid bawah tanah

Masjid SULTAN. Kat belakang masjid ada kedai jual souvenir.

Masjid  ABDUL GAFOOR di Little India

ESPLANADE
Lambang Singapura


Lagi gambar-gambar yang xber'edit' di bawah.















Friday, September 30, 2011

KENANGAN INI

ASSALAMUALAIKUM ...

Kurang daripada sebulan sahaja lagi, persabahatan yang dicipta selama lima setengah tahun hampir ke penghujungnya. Banyak liku-liku perjalanan yang telah diharungi bersama. Walau dalam rintangan itu terlalu banyak rintihan, keluhan, kejengkelan dan ketidakpuasan hati, namun banyak juga kenangan indah yang telah terbina. Harganya terlalu bernilai bagi mereka yang cintakan persahabatan dan kasih sayang. 

Dapatkah dibayangkan bagaimana rasanya nanti hidup tanpa gelak ketawa kawan-kawan? Tanpa usikan penyentuh jiwa? Tanpa gurauan penenang diri? Tanpa nasihat penguat diri? Namun begitu, kehidupan selepas itu perlu dilalui dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH. Rasa rindu yang terbit di hati pasti didorong rasa kasih kepada kawan-kawan yang disayangi walau kadang-kadang gurisan di hati terbit jua.


SUBHANALLAH...


ALHAMDULILLAH...


ALLAHUAKBAR...


Terima kasih kawan-kawan di atas jalinan yang dibina ini. Diharap UKHWAH ini akan berpanjangan walau nanti kita tidak berjumpa, bersua muka. Sayang kamu semua kerana ALLAH.


sayang, 
BUNGA

p/s: kalu bdk laki clas bunga baca ni mesti termuntah diorg.hahaha


Saturday, September 24, 2011

HATIKU SAYANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Setiap daripada kita pasti pernah mengalami dan juga sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidup. Begitulah aturan hidup. Kadang-kadang gembira, sekejap lagi berduka balik. Selagi kita bernyawa dan selagi kita hidup di muka bumi ini, cubaan dan rintangan yang dihadapi pasti tidak pernah sudah. Saat itu pasti Tuhan yang dicari. Pasti ALLAH tempat mengadu. Mohonlah kepada tuhanmu yang Maha Esa dengan seikhlas-ikhlasnya. Berdoalah sayang!


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamba-Mu (perempuan). Ubun-ubunku di dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qadak (keputusan)-Mu kepadaku adalah adil, aku pohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau telah berikan  untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.”

(Riwayat Ahmad no.452, Ibn Hibban no. 2372, 
sahih sila rujuk Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 199)


Wahai hati yang lemah, bersabarlah dikau. Jangan diturutkan rasa duka yang menggila. Jangan disesali apa yang telah terjadi. Bersabarlah sayang. SABAR!


Ku mohon padaMU ya ALLAH tetapkanlah imanku. Lindungilah diriku. Kurniakanlah aku sifat sabar yang berpanjangan. Jadikan aku hamba yang selalu bersyukur dan mengingatiMU. AMIN~ 

sayang,
BUNGA:)


Thursday, September 22, 2011

REVIEW BOOK 1: CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANA

Cinta di Rumah Hasan al Banna

Buku yang pada pandangan bunga sangat menyentuh jiwa dan perasaan. Nukilan yang ringkas tetapi pasti  mengusik jiwa. Hassan al Banna, nama seorang tokoh hebat yang memperjuangkan Islam yang mempunyai jadual waktu yang sangat padat dengan jihad perjuangannya. Namun, tugas sebagai seorang ketua keluarga tidak diabaikan. Seorang ayah yang penyantun tetapi tegas dengan anak-anak.
Siapa HASSAN AL BANNA?

Hassan Al Banna merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang ditubuhkan di Kaherah,Mesir. Beliau telah berjaya membentuk IM setelah 6 bulan menetap di Ismailiyah, sebuah daerah di dalam Kaherah sendiri. Dalam tempoh 15 tahun, cabang IM sudah terdapat di 20 buah negara dan di Kaherah sendiri, ada 2000 cabang IM.(sumber)

Meskipun sibuk dengan tugasan seharian, namun anak-anak di rumah dan isteri dididik dengan penuh rasa cinta untuk sama-sama mencintai jihad bersama. Hati pasti sayu membaca buku ini apabila seorang ayah yang sangat sibuk masih mampu menguruskan anak-anaknya dengan baik sehinggakan komik yang dibaca oleh anaknya, SAIFUL ISLAM juga dapat dikenalpasti dan ditegur kerana tidak bermanfaat untuk dibaca.
Sehinggakan setiap anak mempunyai buku kesihatan masing-masing. Sungguh hebat tokoh yang bernama Hassan al Banna ini.  
Semoga kita dapat mencontohi pejuang hebat ini. AMIN!

Bacalah wahai sahabat. Kamu tidak akan rugi!



sayang,
BUNGA

Wednesday, September 14, 2011

BEBERAPA MINIT SAJA LAGI

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berada di bumi TEMENGGONG ini. Makin nak habis belajar makin takut pulak rasa. Takut nak jadi cikgu sebenar ada, takut nak tinggal kawan-kawan pun ada. Takut ape lagi ye? Ntah.. hahahaha hai tak suka betul perasaan ni. Macam-macam, bercampur baur. Susah bukan bila perasaan berkecamuk? hmmm :(







ALHAMDULILLAH

setelah berminggu-mingu berbulan-bulan men'setel'kan masalah teknikal blogku, ini kesudahannya.BLOG BARU HAHAAHAHAHA...

kepada kawan-kawan follower yg dulu-dulu,sudilah kiranya menjadi follower saya balik.plisss ^_^