CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 11, 2011

BESAR, BESAR ISTANA RAJA; KECIL, KECIL PONDOK SENDIRI

5 tahun setengah berada di bumi Johor ini sudah hampir ke penghujungnya. Banyak suka dan duka yang telah ditempuhi. Sayang juga dengan bumi Johor ini. Sudah menjadi negeri ke2 rasanya. Begitu juga perihalnya dengan rumah ke2 bunga ni. Sedih rasanya hendak meninggalkan asrama tempat pengajian nan indah permai ni. Nak banding-banding dengan blok lain, blok ni lah yang paling bes. Yela mana tak nya, dah memang semenjak masuk je dok blok ni, memang patutla puji blok ni. haha


ipg kampus temenggong ibrahim
tersergam indah:)
dari balkoni. eh
kala malam bulan mengambang
E-HOSTEL berwajah baru
comelnyeeee:)
Jemput masuk:) eh xbole xbole.haha
Pn Nor (isteri warden) selalu masakkan kami makanan. Baikkan.suwit sgt:)


* Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.

Tuesday, November 8, 2011

jalan jalan

xsempat bunga nak meng'úpdate' blog kerana kesibukan kerja berpanjangan.huhu entry kali ni bunga nak bercerita tentang singapore yang sudah bunga lawati beberapa kali. Eh bukan. 3 kali baru haha. Singapore ni boleh dikatakan sama sahaja dengan Malaysia. Cumanya perbezaan yang ketara adalah persekitarannya yang sangat bersih dan nyaman. Pastu pulak dr segi transport yang ada di muka bumi Singapore semuanya hebat belaka. Mana ada yang cikai cikai *dasar kerajaan*. Bila jumpa orang Melayu di sana, mereka sangatlah ramah. Eh bukan orang Melayu je. Semua ramah dan baik. Pernah sekali bunga dan kawan2 jumpa husband &wife Singaporean yang sanggup tumpangkan kereta dr Little India ke Esplanade. Masih belum lupa wajah mereka:) Hendak ke Singapore dr Jb sangatlah murah. Cuma rm2 lbh sikit ke Woodland. Pastu pandai2la. Nak murah nek train. Senang dan best. Pastu tiket tu siap boleh jual balik. Dapat balik 1dolar. Nak lagi best jalan kaki. haha lagipun tempat2 die pon dekat2 je. Memang ada yang boleh jalan kaki je. Boleh jimat beli nasi briayani nanti.hee  Walaubagaimanapun, seharian di Singapore tetap juga rindu pada kampung halaman, Malaysia tercinta. Walau macammana sekali pun, tetap juga rasa selamat di negara sendiri. Yela, kat tempat orang ni kita kena hati2, salah percaturan, mau makan diri nanti.haha Toksah cakap banyak, meh kita layan gambar pulak.hee


Bila pg Singapore ni, org slalunya akan cri nasi briyani. Mmg sedap:) yang penting HALAL

Masjid MOULANA MOHAMED ALI. Ni masjid bawah tanah

Masjid SULTAN. Kat belakang masjid ada kedai jual souvenir.

Masjid  ABDUL GAFOOR di Little India

ESPLANADE
Lambang Singapura


Lagi gambar-gambar yang xber'edit' di bawah.